Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

AFC Denda FAM, Faisal Halim

Iqbal Yasir
AFC Denda FAM Faisal Halim
Gambar: Bernama/Stadium Astro

AFC Denda FAM, Faisal Halim

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikenakan denda keseluruhan AS$12,500 (kira kira RM50,962) oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan dua pelanggaran peraturan ketika aksi kelayakan Piala Asia menentang Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 18 November lalu, lapor Stadium Astro.

Berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC pada Isnin lalu, mendapati FAM menyebabkan kelewatan memulakan separuh masa pertama perlawanan selama satu minit dan 20 saat dan kelewatan memulakan separuh masa kedua selama satu minit dan 30 saat.

Susulan itu, Badan induk bola sepak kebangsaan itu diarahkan membayar denda USD2,500 (RM10,192) selepas didapati melanggar Artikel 2.2 Manual Operasi Pertandingan AFC.

Dalam kes berasingan, FAM turut dikenakan denda setinggi USD10,000 (RM40,770) kerana kegagalan dalam memastikan Pemain Terbaik Perlawanan, Faisal Halim, menghadiri sidang media pasca perlawanan.

Ia secara tidak langsung melanggar Artikel 4.3.8 (dibaca bersama Artikel 31.3) Peraturan Pertandingan Piala Asia AFC Arab Saudi 2027.

Selain FAM, Faisal turut didenda secara idividu sebanyak RM40,770 kerana melanggar Artikel 31.3 Peraturan Pertandingan Piala Asia AFC Arab Saudi 2027 walaupun sudah diminta oleh AFC.

Kesemua denda dikenakan perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan dimaklumkan, selaras dengan Artikel 11.3 Kod Tatatertib dan Etika AFC.

Sebelum ini, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membatalkan keputusan tiga perlawanan persahabatan antarabangsa Harimau Malaya dan memberikan kemenangan 3-0 kepada Cape Verde, Singapura dan Palestin.

Sumber: Stadium Astro