Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
EV Terlaris di Malaysia 2025: Ini Senarai Model Paling Popular 
Gambar AI
Tiada Kategori
EV Terlaris Di Malaysia 2025: Ini Senarai Model Paling Popular 

suhaila

EV Terlaris di Malaysia 2025: Ini Senarai Model Paling Popular

Kenderaan elektrik (EV) kini semakin menempatkan diri sebagai pilihan utama dalam kalangan pengguna Malaysia sepanjang tahun 2025.

Ianya sejajar dengan peningkatan kesedaran terhadap kepentingan penjimatan kos jangka panjang, kelestarian alam sekitar dan kemajuan teknologi automotif yang pesat.

Selain itu, kos bahan api yang tidak menentu serta insentif kerajaan yang semakin menarik turut mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk mempertimbangkan EV sebagai kenderaan utama mereka.

Penawaran model EV yang semakin meluas merangkumi pelbagai segmen. Daripada kenderaan mampu milik dan SUV keluarga sehinggalah sedan dan SUV premium, pasaran EV kini menawarkan pelbagai jenis kenderaan yang memenuhi keperluan pengguna.

Ini menjadikan pengguna mempunyai lebih banyak pilihan yang sesuai dengan gaya hidup, keperluan harian dan bajet masing-masing.

Artikel kali ini kami akan kongsikan senarai EV terlaris di Malaysia bagi tahun 2025 berdasarkan data pendaftaran rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ianya termasuk prestasi jualan bulanan dan jumlah terkumpul untuk setiap model. Kupasan ini bukan sahaja menampilkan model paling popular di pasaran malah turut meneliti trend utama yang membentuk hala tuju industri EV tempatan.

Ianya termasuk dominasi jenama tempatan, persaingan pengeluar antarabangsa serta kebangkitan model daripada pengeluar China.

Dengan informasi ini, pembaca akan lebih mudah memahami pilihan EV terbaik untuk mereka sama ada untuk kegunaan harian, keluarga atau pengalaman pemanduan premium.

1. Proton e.MAS 7

Proton e.MAS 7 terus membuktikan dominasinya sebagai kenderaan elektrik paling popular di Malaysia sepanjang tahun 2025. Hampir setiap bulan sejak Januari, model ini kekal berada di kedudukan teratas carta pendaftaran JPJ.

Ianya mencerminkan tahap kepercayaan pengguna terhadap jenama tempatan. Dengan harga di bawah RM120,000, e.MAS 7 menawarkan nilai yang sangat kompetitif dalam segmen EV.

Ditambah pula dengan jarak perjalanan melebihi 500 kilometer yang sesuai untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak jauh.

Pada bulan November 2025, Proton e.MAS 7 mencatat pendaftaran sebanyak 786 unit menjadikannya prestasi bulanan kedua tertinggi sepanjang tahun. Jumlah ini melonjakkan pendaftaran terkumpul tahunannya kepada sekitar 7,740 unit.

Ianya sekali gus mengekalkan statusnya sebagai EV paling laris secara keseluruhan di Malaysia. Kejayaan ini turut disokong oleh rangkaian pusat servis Proton yang luas, kos penyelenggaraan yang lebih terkawal serta keyakinan pengguna terhadap sokongan selepas jualan jangka panjang.

2. Tesla Model Y

Tesla Model Y mencipta kejutan besar pada November 2025 apabila muncul sebagai EV paling banyak didaftarkan dalam tempoh sebulan dengan 810 unit direkodkan berdasarkan data JPJ.

Ini merupakan pencapaian bulanan tertinggi Model Y sepanjang tahun dan berjaya memintas Proton e.MAS 7 buat pertama kali selepas beberapa bulan. Lonjakan ini mencerminkan minat yang semakin meningkat terhadap SUV elektrik premium.

Khususnya dalam kalangan pengguna yang mencari gabungan prestasi, teknologi dan imej jenama global.

Prestasi cemerlang pada November turut membawa jumlah pendaftaran terkumpul Tesla Model Y kepada sekitar 3,490 unit bagi tahun 2025.

Rangkaian Supercharger Tesla yang semakin berkembang di Malaysia, digabungkan dengan ciri teknologi pintar dan prestasi pemanduan yang mantap. Kesemua faktor ini menjadikan Model Y sebagai pilihan utama dalam segmen SUV elektrik premium menjelang penghujung tahun.

3. Tesla Model 3

Selain Model Y, Tesla Model 3 turut mencatat prestasi luar biasa pada November 2025 apabila merekodkan 491 unit pendaftaran. Ianya merupakan angka tertinggi untuk model ini dalam satu bulan sepanjang tahun.

Lonjakan mendadak ini melonjakkan Model 3 ke kedudukan ketiga carta EV paling popular di Malaysia dan membuktikan bahawa permintaan terhadap sedan elektrik masih kekal kukuh.

Setakat November, Tesla Model 3 mencatat jumlah pendaftaran terkumpul sekitar 1,977 unit. Reka bentuk aerodinamik, pecutan responsif serta pengalaman pemanduan yang lebih sporty menjadikan Model 3 sangat menarik bagi ramai pengguna.

Model ini menjadi pilihan popular dalam kalangan profesional bandar dan mereka yang mahukan EV berprestasi tinggi tanpa perlu memandu SUV. Popularitinya juga dipacu oleh penurunan harga dan peningkatan kesedaran terhadap kos pemilikan jangka panjang yang lebih menjimatkan.

4. BYD Atto 3

Di luar tiga teratas, pasaran EV Malaysia pada November 2025 jelas menjadi wilayah BYD. BYD Atto 3 berada di kedudukan keempat dengan 440 unit pendaftaran dalam sebulan.

Keadaan ini mencerminkan permintaan yang stabil dan konsisten sepanjang tahun. Setakat ini, jumlah pendaftaran terkumpul Atto 3 mencecah sekitar 3,569 unit dan menjadikannya antara EV paling seimbang dari segi prestasi jualan.

Atto 3 dikenali sebagai SUV elektrik kompak yang menawarkan keseimbangan ideal antara harga, jarak perjalanan dan teknologi. Reka bentuk moden, ruang dalaman yang praktikal serta ciri keselamatan yang lengkap menjadikannya pilihan popular untuk keluarga kecil dan pengguna bandar yang mahukan EV serba guna.

5. BYD Sealion 7

Mengikuti rapat Atto 3 ialah BYD Sealion 7. Model ini telah mencatatkan 427 unit pendaftaran pada November 2025. Menariknya model ini berkongsi jumlah pendaftaran terkumpul yang hampir sama dengan Atto 3 iaitu sekitar 3,569 unit setakat tahun ini.

Ini menunjukkan Sealion 7 diterima baik oleh pengguna yang memerlukan SUV elektrik bersaiz lebih besar.

Dengan ruang dalaman yang lebih luas dan keselesaan tambahan untuk perjalanan jauh, Sealion 7 sesuai untuk kegunaan keluarga. Keupayaannya menawarkan ciri premium pada harga yang lebih kompetitif berbanding pesaing menjadikannya antara SUV elektrik paling menarik dalam barisan BYD di Malaysia.

6. BYD Seal 6

Walaupun diperkenalkan lebih lewat dalam tahun 2025, BYD Seal 6 berjaya mencuri perhatian apabila mencatat 380 unit pendaftaran pada November.

Angka ini membawa jumlah pendaftaran terkumpul kepada sekitar 824 unit. Ia merupakan satu pencapaian yang menggalakkan bagi model yang masih baharu di pasaran.

Sambutan positif ini membuktikan minat pengguna Malaysia terhadap sedan elektrik yang menawarkan reka bentuk moden, prestasi seimbang dan harga yang kompetitif.

Seal 6 dilihat sebagai pelengkap strategik kepada rangkaian BYD. Kususnya bagi pengguna yang menginginkan alternatif sedan EV selain Tesla Model 3.

Trend utama pasaran EV Malaysia berdasarkan data JPJ 2025

Data pendaftaran JPJ sepanjang 2025 khususnya bagi bulan November jelas memperlihatkan beberapa trend utama dalam pasaran EV Malaysia.

Dominasi Proton e.MAS 7 menonjolkan kekuatan jenama tempatan manakala lonjakan Tesla Model Y dan Model 3 menunjukkan peningkatan minat terhadap EV premium menjelang hujung tahun.

Dalam masa yang sama, BYD muncul sebagai pemain paling agresif dengan kehadiran beberapa model dalam carta teratas. Keadaan ini membuktikan strategi kepelbagaian produk mereka sangat berkesan.

Trend ini menunjukkan pasaran EV Malaysia semakin matang, kompetitif dan tidak lagi bergantung kepada satu jenama sahaja.

Salah satu perkembangan paling positif pada tahun 2025 ialah kepelbagaian pilihan EV yang tersedia untuk pengguna Malaysia. Daripada EV mampu milik seperti Proton e.MAS 7 kepada SUV keluarga seperti BYD Atto 3 dan Sealion 7 sehinggalah EV premium seperti Tesla Model Y dan Model 3.

Setiap segmen pengguna kini mempunyai pilihan yang sesuai dengan bajet dan gaya hidup masing-masing.

Kepelbagaian ini menjadikan peralihan kepada EV lebih mudah, realistik dan praktikal. Ianya sekaligus mempercepatkan penerimaan EV sebagai kenderaan arus perdana di Malaysia.

Secara keseluruhannya, tahun 2025 menandakan fasa penting dalam evolusi pasaran kenderaan elektrik Malaysia. Berdasarkan data JPJ, Proton e.MAS 7 kekal sebagai EV paling laris secara keseluruhan.

Tesla Model Y pula mencuri tumpuan dengan prestasi bulanan tertinggi manakala BYD mengukuhkan kedudukan melalui pelbagai model popular.

Dengan sokongan infrastruktur yang semakin baik, penawaran model yang lebih pelbagai dan minat pengguna yang terus meningkat, EV kini bukan lagi sekadar alternatif sebaliknya telah menjadi pilihan utama dalam landskap automotif negara.

Sumber : zigwheels, paultan.org

BACA : Residensi Belia Cheras (DBKL) RM200 Sebulan Kini Dibuka