Ketahui Tentang Inisiatif BINGKAS
Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) sebagai usaha membantu keluarga yang terkesan pasca pandemik.
Melalui inisiatif ini, sebanyak 30,000 keluarga di seluruh negeri Selangor akan menerima RM300 sebulan bagi membeli keperluan asas serta barangan pendidikan.
Program ini bertujuan meningkatkan kestabilan kewangan isi rumah, mengurangkan tekanan ekonomi serta menyokong kesejahteraan dan keharmonian keluarga di Selangor.
Manfaat BINGKAS
e-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (melalui e-Wallet)
Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300
Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan
e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik
Syarat kelayakan BINGKAS
Warganegara Malaysia
Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah
Pemilih berdaftar di Selangor
Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah
Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
Syarat tambahan BINGKAS 3.0
Bermula Julai depan, BINGKAS 3.0 akan membolehkan ketua isi rumah yang menanggung ibu bapa warga emas layak menerima bantuan RM300 sebulan.
Menurut EXCO Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari, syarat tambahan ini diperkenalkan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat. Ini khususnya bagi penduduk di kawasan bandar.
Beliau menjelaskan, langkah ini juga dilihat penting memandangkan Selangor mencatat kos kehidupan wajar tertinggi berdasarkan Indikator Kos Sara Hidup Malaysia 2024.
Cara permohonan BINGKAS
Terdapat dua cara untuk memohon:
1. Melalui laman web
2. Melalui aplikasi Selangkah
Untuk makluman, pemohon juga perlu menyediakan dan memuat naik dokumen berikut:
Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan)
Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan)
Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
BACA: Prestasi Pelaburan Malaysia Lonjak 13.2%, Atasi Rekod Pra-Covid – PMX
Sumber: BINGKAS Selangor (1) (2)