Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Resipi Donat Kentang, Juadah Istimewa Untuk Minum Petang
Waktu petang merupakan waktu yang sesuai untuk meluangkan masa dan berkumpul bersama dengan ahli keluarga, rakan-rakan, mahupun bersama pasangan.
Malah, waktu petang juga merupakan waktu yang sesuai untuk duduk bersembang sambil menikmati juadah ringan seperti kuih-muih.
Jika kita perhatikan, banyak deretan gerai di tepi jalan yang menjual pelbagai jenis kuih-muih ataupun kudapan ringan yang sesuai dinikmati pada waktu tersebut.
Dari kuih-muih tradisional sehingga kuih-muih moden, semuanya boleh diperolehi dengan mudah. Malah, anda tidak perlu runsing untuk memilih kerana kebiasaannya pilihan yang ditawarkan oleh gerai-gerai tersebut juga beraneka.
Kebiasaannya, orang ramai lebih memilih untuk hanya membeli kuih-muih tersebut kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa.
Namun, apa kata kalau anda cuba untuk membuatnya sendiri di rumah. Dalam masa yang sama, ia juga boleh dijadikan sebagai aktiviti untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Oleh itu, jom kita ikuti perkongsian dari Che Sayang Kitchen di laman Facebook miliknya mengenai resipi donat kentang.
Ikuti perkongsian di bawah ini.
Satu biji kentang
Satu sudu gula
Setengah cawan air
Satu sudu yis
Setengah kilogram tepung gandum
Sedikit garam
Dua sudu besar mentega atau majerin
Gula halus
Mula-mula, kupas kentang anda dan rebus sehingga ia betul-betul lembut. Selepas kentang anda lembut, angkat dan lenyekkan kentang anda. Kemudian, ketepikan kentang anda seketika.
Kemudian, dalam mangkuk yang lain, masukkan gula, yis serta air dan kacau hingga sekata. Kemudian, biarkan campuran yis tersebut berbuih.
Seterusnya, campurkan tepung bersama dengan kentang yang telah dilenyekkan tadi. Masukkan juga sedikit garam dan mentega ataupun marjerin.
Gaulkan hingga sebati menggunakan tangan sehingga tepung, kentang dan mentega tadi bersatu. Selepas itu, anda boleh masukkan bancuhan yis tadi dan gaul menggunakan sudu ataupun spatula terlebih dahulu sebelum anda sambung gaul menggunakan tangan.
Uli doh tersebut sehingga ia tidak melekat pada tangan. Anda boleh tutup adunan doh tersebut menggunakan plastik pembalut ataupun kain. Selepas itu, cucuk plastik tersebut menggunakan lidi.
Tujuannya adalah untuk memastikan yis tersebut bernafas dan biarkan ia kembang. Rehatkan doh tersebut selama 15 ke 30 minit.
Apabila doh tersebut kembang dua kali ganda, anda boleh cubitkan doh tersebut dan bulatkan. Letakkan doh yang telah dibulatkan itu ke atas dulang yang telah dioleh marjerin atau butter.
Biarkan selama 15 minit sekali lagi sehingga ia membesar dua kali ganda. Apabila doh anda telah kembang, anda boleh buatkan lubang di tengah-tengah doh tersebut menggunakan penutup botol, tangan atau apa-apa alat yang anda ada.
Untuk langkah yang seterusnya, anda boleh panaskan minyak dan goreng donat tersebut. Pastikan api tidak terlalu kuat.
Biarkan donat anda masak satu bahagian dahulu, barulah terbalikkan kepada bahagian lain. Apabila donat anda telah garing di kedua-dua bahagian, anda boleh angkat dan toskan ia.
Selepas itu, anda boleh salutkan donat anda dengan gula yang telah dikisar halus. Selain dari gula, anda juga boleh salutkan donat anda dengan susu serbuk.
Donut kentang anda siap untuk dihidang. Jangan lupa untuk cuba resipi donat kentang yang lazat ini di rumah.
Untuk melihat cara penyediaan dengan lebih teliti, anda boleh tonton video di bawah ini.
Sumber: Che Sayang Kitchen