Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Warga Emas, Anak Maut Dalam Kebakaran Di PPR Dato Senu

Azizah Najib
kebakaran ppr dato senu
Kredit: Bernama

Wanita Warga Emas, Anak Maut Dalam Kebakaran Di PPR Dato Senu

KUALA LUMPUR, 26 Disember (Bernama) — Dua beranak maut dalam kebakaran di sebuah pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dato Senu, Sentul, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada 7.18 pagi tadi.

“Mangsa, iaitu seorang lelaki berusia 58 tahun dan ibunya berumur 82 tahun ditemukan di dalam tandas dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut kenyataan itu.

Kebakaran mengakibatkan kemusnahan 40 peratus pada unit kediaman terbabit.

Operasi memadam dan mengawal kebakaran dijalankan menggunakan enam aliran hos daripada pam jentera Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Gombak Selatan.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 8.27 pagi dan punca kejadian masih disiasat.

BACA: Suspek Ada Pengetahuan, Kemahiran Dalam Pembuatan Bahan Letupan – Polis

BACA: Kes 1MDB: Mahkamah Tinggi Tolak Pembelaan Najib Berkaitan Derma Politik Keluarga Diraja Arab Saudi

Sumber: Bernama