Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

10 Negeri , 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan melanda 10 negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa amaran cuaca dikeluarkan di seluruh negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Selain itu, ia turut melibatkan negeri Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
Hujan lebat juga dijangka berlaku di Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak) dan Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin).
“Bagi negeri Johor, ia diramal berlaku di Tangkak, Muar dan Pontian. Manakala di Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Miri (Marudi) dan Limbang .
“Beralih ke Sabah, amaran turut dikeluarkan di daerah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat,” katanya.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya lagi.