Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PM Anwar Sambut Baik Gencatan Senjata Antara Kemboja & Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik gencatan senjata yang dipersetujui oleh Kemboja dan Thailand pada Sabtu
Menerusi kenyataan di Facebook miliknya, Anwar berkata keputusan untuk menghentikan pertempuran dan mengekalkan kedudukan pasukan masing-masing mencerminkan pengiktirafan bersama bahawa kawalan diri diperlukan, terutamanya demi kepentingan orang awam.
“Kenyataan Bersama tersebut menggariskan langkah-langkah praktikal dan positif, termasuk pengesahan oleh Pasukan Pemerhati ASEAN serta komunikasi langsung antara pihak berkuasa pertahanan.
“Langkah-langkah ini menyediakan asas kepada kestabilan dan saya berharap kedua-dua pihak akan melaksanakannya dengan penuh komitmen,” katanya.
Tambahnya lagi, ketika Malaysia menyerahkan Kepengerusian ASEAN kepada Filipina pada tengah malam 1 Januari 2026, negara ini akan menyokong segala usaha bagi memastikan komitmen tersebut dipatuhi serta memastikan prestij dan kredibiliti ASEAN sebagai sebuah rantau yang aman terus terpelihara.
Terdahulu, Kemboja dan Thailand bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta berkuat kuasa tengah hari (waktu tempatan) pada Sabtu, sekali gus menamatkan konflik yang kembali memuncak pada 7 Disember.
Susulan itu juga, Kenyataan Bersama Mesyuarat Khas Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Ketiga telah ditandatangani oleh Menteri Pertahanan kedua-dua negara.
Sumber: Anwar Ibrahim