Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Detik-Detik Cemas Gempa Bumi Lemah Di Felda Sri Ledang, Dirakam CCTV

Iqbal Yasir
Gambar: TikTok @komuniti.felda.sr

Detik-Detik Cemas Gempa Bumi Lemah Di Felda Sri Ledang, Dirakam CCTV

Sekitar jam 8.55 pagi tadi, Malaysia dikejutkan dengan satu berita gempa bumi lemah 3.4 magnitud yang dilapor melanda Bukit Kepong, Pagoh, Johor.

Dalam kejadian itu, seorang pengguna TikTok turut memuat naik @komuniti.felda.sr memaparkan rakaman litar tertutup CCTV, detik-detik gempa berkenaan berlaku.

“Gegaran gempa bumi berukuran 3.4 skala magnitud berlaku lebih kurang pukul 8.55 pagi ini.

“Berpusat tidak jauh dari Felda Sri Ledang. Semoga Allah SWT lindungi kita semua dari sebarang musibah,” tulis hantaran itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal turut mengesahkan maklumat berhubung kejadian itu.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan mengenai insiden gempa berkenaan.

Menurut Pejabat Daerah Muar dalam satu hantaran, Bukit Serampang; Lenga serta kawasan yang berhampiran sempadan daerah Tangkak dan Segamat antara kawasan yang turut dirasai gegaran berdasarkan laporan awal.

Gegaran dirasai di beberapa kawasan di Johor dan Melaka

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gempa bumi lemah 3.4 Magnitud telah berlaku di Bukit Kepong, Pagoh, Johor pada jam 8:55 pagi, 28 Disember 2025.

Gegaran berlaku di 2.4° Utara dan 102.7° Timur dengan jarak 16km dari BD Segamat, Johor dan terletak pada kedalaman 10km.

Difahamkan, gegaran dirasai di beberapa kawasan di Johor dan Melaka.

Sehubungan itu, MetMalaysia memohon orang ramai yang merasai gegaran gempa bumi ini untuk mengisi borang kaji selidik melalui pautan https://forms.gle/CyUwHQE9LnyuWaJ37.

BACA: Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Dua Negeri

Sumber: Pejabat Daerah Muar, Dr Sahruddin Jamal, TikTok @komuniti.felda.sr