Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kestabilan Dasar, Keberanian Reformasi Pemangkin Kejayaan Kerajaan MADANI – PM Anwar
PUTRAJAYA — Hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi dan kepercayaan rakyat antara pemangkin kepada kejayaan Kerajaan MADANI hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi muat naik di laman Facebook rasmi miliknya hari ini.
“Di dalam negara, ekonomi terus diperkukuh melalui pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan dan agenda pertumbuhan yang inklusif.
“Malah, di peringkat antarabangsa, hubungan antara kerajaan, pelbagai negara, kumpulan pemimpin, membuka ruang pelaburan strategik serta memperkukuh kedudukan Malaysia di mata dunia,” kongsi beliau.
Tambah Anwar, segala pencapaian ini bukan sekadar angka dan statistik, tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat, daripada kesejahteraan keluarga, peluang ekonomi baharu, hingga jaminan masa depan yang lebih berdaya tahan.
“Dengan sokongan padu keluarga, sahabat dan rakyat Malaysia, saya percaya Kerajaan MADANI akan terus melangkah ke hadapan, berkhidmat dengan amanah, dan membina negara yang adil, makmur dan berdaya saing untuk semua,” katanya lagi.
Sumber: Facebook Anwar Ibrahim