Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Boeing Dianugerahkan Kontrak RM34 Bilion Untuk Bekalkan Jet F-15 Kepada Israel

boeing bekalkan f-15 israel
Kredit: AFP

Boeing Dianugerahkan Kontrak RM34 Bilion Untuk Bekalkan Jet F-15 Kepada Israel

Syarikat penerbangan Boeing dianugerahkan kontrak bernilai AS$8.6 bilion (sekitar RM34 bilion) bagi Program F-15 Israel.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jabatan Perang Amerika Syarika (AS) menerusi satu kenyataan di laman web pada Isnin.

“Kontrak ini meliputi reka bentuk, integrasi, instrumentasi, ujian, pengeluaran serta penghantaran 25 pesawat baharu F-15IA untuk Tentera Udara Israel, dengan pilihan tambahan bagi 25 lagi pesawat F-15IA,” kata Pentagon.

Jabatan itu memaklumkan kontrak itu melibatkan jualan ketenteraan asing (FMS) kepada Israel.

BACA: Boeing 737 Israel Untuk Demo Produk Komersial – ST Engineering

Menurut kenyataan itu lagi, kerja-kerja kontrak akan dilaksanakan di St. Louis dan dijangka siap pada 31 Disember 2035,

Sumber: U.S Department of War