Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Diramal Di Tujuh Negeri, Tiga Wilayah Persekutuan Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan tiga Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 8 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah diramal hujan.
Manakala seluruh negeri Selangor, Melaka, WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur dan WP Labuan turut diramal hujan.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula di daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim.
“Bagi Negeri Sembilan, daerah yang terlibat adalah Seremban, Port Dickson dan Rembau.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
“Sabah pula melibatkan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau dan Semporna),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia