Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Resipi Puding Pisang, Pencuci Mulut Manis & Berkrim Pelengkap Hidangan

Aina Munirah
resipi puding pisang
Kredit: moeirajohnson via TikTok

Resipi Puding Pisang, Pencuci Mulut Manis & Berkrim Pelengkap Hidangan

Pencuci mulut atau manisan sering menjadi pilihan sebagai penutup bagi setiap hidangan. Ia bukan sahaja memuaskan, malah turut menjadi pelengkap hidangan yang sempurna.

Bukan itu sahaja, pelbagai jenis pencuci mulut boleh dicuba. Misalnya, sepotong kek coklat yang manis, aiskrim yang sejuk, sehingga puding yang berkrim dan lembut.

Setiap satu darinya membawa pengalaman tersendiri bagi yang menjamahnya. Maka, tidak hairan jika pencuci mulut ini sering dipilih oleh individu.

Misalnya, jika hidangan puding, kebiasaannya kita sering mendengar nama-nama seperti puding jagung, puding karamel, puding laici dan macam-macam lagi.

Salah satu pencuci mulut lain yang turut boleh dicuba ialah banana pudding. Rasanya yang manis dan berlemak dari pisang pasti membuatkan ramai yang ingin mencuba dan membuat puding ini sendiri di rumah.

BACA: Resipi Tauhu Daging Kukus, Hidangan Mudah & Berkhasiat

Salah seorang pengguna TikTok, @moeirajohnson ada berkongsi tentang cara pembuatannya di akaun miliknya. Jadi, jom ikuti perkongsian tentang cara penyediaannya di bawah ini.

Bahan-bahan

  • Pisang

  • Wafer vanilla

Bahan-bahan untuk kastard

  • 1/2 cawan tepung kastard

  • 1/3 cawan gula

  • Dua cawan susu segar

  • Satu cawan krim putar

  • Sedikit garam, mentega dan pes vanilla

Bahan-bahan krim putar

  • Dua cawan krim putar

  • Dua sudu besar gula aising

BACA: Resipi Churros Bites, Juadah Sesuai Untuk Minum Petang

Cara penyediaan

Mula-mula, masak tepung kastard dengan susu segar dan krim. Kemudian, alihkan dan sejukkan. Selepas itu, tambahkan sedikit mentega, pes vanilla dan kacau sehingga sebati dan biarkan ia sehingga betul-betul sejuk.

Sementara tunggu ia sejuk, anda boleh sediakan krim putar. Masukkan krim putar dan tambahkan gula aising. Kemudian, putar sehingga teksturnya menjadi betul-betul pekat.

Selepas pekat, masukkan adunan kastard tadi dan sambung putarkan sehingga sebati. Selepas itu, pindahkan ke dalam bekas yang lebih besar dan anda boleh mulakan proses layering.

Masukkan vanilla wafer di lapisan bawah, kemudian selang dengan krim dan pisang. Ulang proses ini sehingga semua krim kita habis.

Seterusnya, anda boleh sejukkan puding tersebut ke dalam chiller selama lebih kurang empat jam. Selepas puding tersebut sejuk, keluarkan dan hiaskan dengan krim segar, pisang dan wafer vanilla.

Puding pisang anda sedia untung dihidang. Puding ini juga lebih sedap jika dimakan dalam keadaan sejuk.

Tambahan lagi, rasanya yang berkrim dan manis dari pisang tersebut turut membangkitkan lagi rasa.

Jangan lupa untuk mencuba resipi ini di rumah! Untuk melihat penyediaan dengan lebih jelas, sila tonton video di bawah ini.

BACA: Resipi Putu Halba, Kuih Tradisi Popular Ketika Musim Hujan

Sumber: @moeirajohnson