Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Prabowo Dedah Ada Pihak Mahu Beli Lumpur Banjir Sumatera

Iqbal Yasir
beli lumpur prabowo sumatera
Gambar: Kompas.com

Prabowo Dedah Ada Pihak Mahu Beli Lumpur Banjir Sumatera

JAKARTA — Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan lumpur pasca banjir di Sumatera, terutamanya di Aceh, diminati oleh pihak swasta, lapor Kompas.com

Beliau menyatakan perkara itu selepas menerima laporan daripada ketua daerah berhubung maklumat berkenaan.

Tambahnya, beliau turut mengalukan jika lumpur tersebut ingin dijual oleh kerajaan tempatan.

“Gabenor melaporkan kepada saya bahawa ada pihak swasta yang berminat, mereka boleh manfaatkan timbunan lumpur di sekitar kawasan bencana.

“Silakan, saya rasa ini langkah yang sangat baik. Jadi tolong dalami dan laksanakan,” ujar Prabowo.

Beliau menyifatkan perkara itu bukan sahaja membantu mempercepat membaik pulih sistem aliran sungai yang kini menjadi lebih cetek akibat mendapan lumpur, tetapi turut memberi manfaat langsung kepada kerajaan tempatan.

“Bermanfaat juga kalau lumpur ini ada yang ingin dibeli oleh pihak swasta. Hasilnya juga boleh terus dinikmati oleh daerah-daerah,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu mempersetujui cadangan pembaikan semula sungai pascabencana yang dilakukan bermula dari muara sehingga ke laut.

Tambah Prabowo, beliau meminta seluruh jajaran kerajaan dan pemegang kepentingan untuk mengerahkan segala kemampuan dalam menangani kesan bencana dan normalisasi sungai.

Sebelum, Menteri Pertahanan (Menhan) Sjafrie Sjamsoeddin mencadangkan agar kerja-kerja mengorek dan membaik pulih sistem saliran sungai-sungai yang terjejas di Aceh dilakukan.

Jelas Sjafrie, usaha ini memerlukan usaha meluas dan jangka masa panjang.

“Kesannya cukup besar dan tentunya kita akan bekerja dalam tempoh yang agak panjang. Kami bersama TNI berfikir, Sungai Tamiang sebagai contoh, yang kini mengalami masalah cetek,” katanya.

Sumber: Kompas.com

BACA: Prabowo Jelaskan Kenapa Kerajaan Tak Isytihar Status Bencana Nasional Di Sumatera