Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Trump Dakwa Presiden Venezuela Ditangkap Dalam Serangan AS
CARACAS — Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa bahawa pasukannya telah berjaya menangkap pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro selepas melancarkan serangan ke atas negara Amerika Selatan itu, lapor AFP.
“Amerika telah berjaya melaksanakan serangan skala besar ke atas Venezuela dan pemimpinnya, Presiden Nicolas Maduro yang bersama isterinya, telah ditangkap dan diterbangkan keluar dari negara itu.
“Operasi ini dilakukan dengan kerjasama Penguatkuasa Undang-Undang AS,” kata Trump di platform Truth Social.
Tambah Trump, beliau akan mengadakan sidang media pada jam 11:00 pagi waktu tempatan di kediamannya di Mar-a-Lago, Florida.
Beliau mengumumkan dakwaan penangkapan itu susulan tekanan ketenteraan dan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin meningkat terhadap pemimpin kiri Maduro dan ekonomi Venezuela yang bergantung kepada eksport minyak.
Ia selepas tuntutan Trump mengenai penangkapan Maduro dibuat dua hari selepas, meskipun Maduro cuba berhubung dengan Trump, dengan menawarkan kerjasama dalam memerangi penyeludupan dadah dan migrasi haram.
Menurut Trump, beliau telah memberikan beberapa penjelasan berbeza terhadap Venezuela, termasuk dakwaan bahawa negara itu merupakan pengeksport dadah utama ke Amerika Syarikat selain dakwaan Venezuela telah merampas kepentingan minyak AS.
Sebelum ini, pasukan AS telah merampas dua kapal tangki di laut sebagai sebahagian daripada sekatan minyak ke atas Venezuela dan menyebabkan lebih 100 orang terkorban dalam serangan udara untuk memusnahkan kapal yang didakwa terlibat dalam penyeludupan dadah.
Trump pada Isnin memberitahu bahawa AS telah menyerang dan memusnahkan kawasan dok kapal dadah Venezuela yang didakwa dalam serangan pertama.
Sumber: AFP