Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Cara Semak Status STR, Bantuan Kewangan Diterima Guna MyGOV
Berita gembira buat rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan bahawa penyaluran beberapa bantuan khususnya Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mula disalurkan bermula Januari ini.
YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengumumannya semalam berkata, bantuan SARA Bulanan akan disalurkan kepada penerima yang layak bermula seawal 9 Januari ini.
Manakala penyaluran SARA Untuk Semua sebanyak RM100 secara one-off juga akan disalurkan kepada semua rakyat Malaysia pula akan dibuat pada 9 Februari, yang dijangka dapat membantu orang ramai membuat persediaan termasuk menyambut Tahun Baru Cina.
Penyaluran STR Fasa 1 2026 pula akan bermula pada 20 Januari ini dengan peruntukan RM1.1 bilion untuk 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan.
Penerima akan menerima antara RM100 dan RM500 mengikut kelayakan masing-masing.
Selain SARA dan STR, kerajaan turut menyediakan pelbagai bantuan kewangan lain yang boleh dinikmati oleh kita semua.
Kerajaan turut menyediakan platform MyGOV bagi memastikan penyaluran bantuan-bantuan ini dapat dibuat secara lebih sistematik dan maklumat tepat sampai kepada orang ramai.
Dengan MyGOV, orang awam boleh membuat semakan secara berkala bantuan yang layak mereka terima, sekaligus dapat mengelak daripada timbulnya sebarang kekeliruan.
Dengan adanya aplikasi ini juga, pelbagai urusan dapat diselesaikan tanpa perlu ke kaunter berulang kali. Aplikasi MyGOV juga boleh dianggap satu pusat rujukan sehenti dalam talian bagi perkhidmatan umum yang kerajaan Malaysia tawarkan.
Selain daripada membuat semakan, menghantar permohonan dan menerima maklumat terkini berkaitan bencana, aplikasi ini turut menawarkan fungsi memeriksa status penerimaan bantuan kewangan.
Ambil perhatian, pengguna perlu mempunyai pengenalan MyDigital ID terlebih dahulu. Anda juga perlu memastikan aplikasi MyDigital ID anda versi 2.3.2 agar proses log masuk ke MyGOV lebih lancar.
Ikuti panduan ringkas berkenaan langkah-langkah membuat semakan STR di bawah.
1. Muat turun aplikasi MyGOV menerusi platform yang sah. Bagi pengguna Android, MyGOV tersedia di Google Play Store manakala pengguna Apple boleh memuat turun aplikasi ini di App Store.
2. Selepas aplikasi dipasang, klik butang Open. Kemudian, tekan ‘Teruskan ke Halaman Utama’.

3. Anda akan dibawa ke halaman utama MyGOV. Klik ‘Log Masuk’.

4. Jika anda sudah mempunyai akaun MyDigital ID, pilih ‘Saya sudah mempunyai MyDigital ID’ dan tekan ‘Teruskan ke login’.

5. Seterusnya, klik ‘Log In with MyDigital ID‘. Anda akan menerima paparan pengesahan.

6. Klik ‘YA’ di bahagian paparan pengesahan.

7. Setelah anda berjaya log masuk, maklumat mengenai bantuan kewangan yang anda layak terima seperti STR akan terpapar di halaman utama MyGOV.

Semoga bermanfaat.