Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

“Servis tip top…” Wanita Kongsi Pengalaman Di Spa & Salun Penjara Kajang

Azizah Najib
Spa Salon penjara kajang
Kredit: Thread @amamchappy
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Servis tip top…” Wanita Kongsi Pengalaman Di Spa & Salun Penjara Kajang

Sebelum ini, Penjara Kajang menjadi sebutan apabila produk kuih raya institusi berkenaan tular.

Masih segar dalam ingatan, permintaan di luar jangkaan menyebabkan semua yang terlibat tak menang tangan. Penjualan kuih raya juga terpaksa dihentikan sementara ketika itu.

Kali ini, nama Penjara Kajang kembali meniti di bibir netizen apabila seorang pengguna Thread, @amamchappy berkongsi pengalamannya di sana.

“Servis tip top, harga marhaen. Maka misi mencari spa sekitar Bangi, Kajang berakhir,” ujar wanita berkenaan.

Cara untuk ke lokasi spa dan salun Penjara Kajang

Menurutnya, untuk tiba di lokasi, pengunjung perlu melalui pintu pagar yang mempunyai papan tanda ‘I love Penjara Wanita Kajang’. Spa dan salun berada di sebelah kiri pintu pagar tersebut.

Kredit: Thread @amamchappy

Di sana, pengunjung perlu mendaftarkan diri serta menyimpan barangan peribadi di dalam laci berkunci yang disediakan.

“Masa datang ni saya ambil urut tradisional dan inai rambut. Anak ambil gunting, cuci dan blow. Memandangkan tempah temu janji 9 pagi, memang tenang-tenang ja,” kongsinya.

Sebagai seorang yang gemar diurut, wanita tersebut mengakui kemahiran mengurut banduan yang bertugas ketika itu seakan-akan pramurawat ibu bersalin yang pernah diupahnya.

“Sedap, best dan sangat melegakan tekanan tapi kalau suka urutan manja-manja, kena bagi tahu sebab memang kuat dia urut dan rasa,” tambahnya lagi.

Selain berkongsi pengalaman mengunjungi spa, wanita tersebut turut berkongsi pengalaman membawa anaknya ke tempat menggunting rambut.

“Dia potong rambut anak saya memang cantik sementara saya inai, cuci dan blow (rambut),” katanya lanjut.

Tidak hanya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, wanita tersebut turut memuji kemudahan dan harga yang ditawarkan.

“Lagi satu, tak ada hard selling ye. Tenang je tanpa kena tekan tambah pakej lain,” kongsi wanita tersebut.

Jelasnya, pembayaran di sana hanya menggunakan tunai dan kad debit, tiada kod QR disediakan setakat ini.

Mengakhiri perkongsiannya, wanita itu kongsikan nombor talian pihak penjara yang boleh dihubungi orang awam bagi membuat tempahan slot.

Di ruangan komen, Pegawai Bahagian Spa dan Salun Penjara Kajang turut memaklumkan, banduan yang digelar prospek mempunyai sijil kemahiran yang diiktiraf.

Kredit: @shingshing66

Rupa-rupanya perkhidmatan ini telah lama beroperasi dan menjadi tumpuan penduduk setempat. Ramai yang memuji kemahiran banduan di sana malah mengakui, sudah berulang kali mendapatkan khidmat mengurut di sana.

BACA: Bukan Peringatan Biasa, Jurutera Perisian Jelaskan Maksud “Encrypted” Di WhatsApp

BACA: Beg Tersangkut, Reaksi Comel “Rider” Ambil Barang Bikin Dekah

Sumber: Thread @amamchappy