Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Beg Tersangkut, Reaksi Comel “Rider” Ambil Barang Bikin Dekah

Azizah Najib
beg tersangkut rider comel
Kredit: Thread @aisyahbakrii_
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Beg Tersangkut, Reaksi Comel “Rider” Ambil Barang Bikin Dekah

Perkhidmatan penghantaran barang kini tidak lagi memerlukan tempoh yang panjang. Hanya dengan satu klik, barang yang ingin dihantar dapat diterima pada hari yang sama.

Malah, ada perkhidmatan yang menjanjikan penerimaan barang tidak sampai satu jam tempoh menunggu.

Ketika menggunakan perkhidmatan ini, seorang wanita sudah bersiap sedia untuk memudahkan urusan rider yang menerima tempahannya. Namun, tanpa diduga, lain pula yang jadi.

“Geram je aku rider Grab ni,” kongsi wanita tersebut di laman Thread miliknya.

Menerusi hantaran tangkap layar perbualan, semuanya kelihatan seperti biasa pada mulanya. Rider telah memaklumkan bahawa dia akan mengambil sedikit masa untuk tiba berikutan sedang mengisi perut.

Setelah selesai urusannya, rider berkenaan terus menuju ke lokasi untuk mengambil barang yang perlu dihantar. Tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian, rider itu kelihatan keliru.

“Kak, macam mana saya nak ambil beg? Boleh buka pintu ke?” soalnya.

Rupa-rupanya, beg yang perlu dihantar digantung di bahagian dalam pintu grill. Memahami situasi yang dihadapi rider, wanita berkenaan memberikan arahan lanjut.

“Tolak je pintu tu,” ujar wanita tersebut.

Namun, apa yang berlaku selepas itu membuatkan wanita berkenaan tak kering gusi. Rider tersebut menghantar sekeping gambar yang menunjukkan beg tidak dapat dikeluarkan berikutan tersangkut di celah pintu.

“Cangkut,” katanya.

Kredit: Thread @aisyahbakrii_

Bukan hanya itu, sambungan perbualan tersebut sekali lagi menjadi bualan apabila rider membalas pertanyaan wanita berkenaan tentang beg yang tersangkut.

“Tada,” ujarnya sambil menunjukkan gambar beg tersebut berjaya dikeluarkan.

Kredit: Thread @aisyahbakrii_

Situasi berkenaan mendapat tumpuan warga maya yang rata-rata terhibur dengan gelagat comel rider.

“Manja kali,” ujar warga maya.

“Manjanya cangkut cangkut pulak,” ulas seorang lagi.

“Macam borak dengan akak sendiri ye kau dik,” kata yang lain.

BACA: Terimbau Memori Lama, Cef Luar Negara Teruja Jumpa Buah Ini Di MYDIN

BACA: Minta Sunting Gambar Mi Segera ‘Jadi Sedap Sikit’, Terhibur Lihat Hasil Tukang “Edit”

Sumber: Thread @aisyahbakrii_