Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Minta Sunting Gambar Mi Segera ‘Jadi Sedap Sikit’, Terhibur Lihat Hasil Tukang “Edit”

Hannah
edit gambar mi segera
Gambar: Threads @mhd.kallll
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Minta Sunting Gambar Mi Segera ‘Jadi Sedap Sikit’, Terhibur Lihat Hasil Tukang “Edit”

Zaman sekarang, telefon pintar bukan lagi sekadar alat untuk membuat panggilan atau menghantar mesej. Ia dah jadi macam kotak ajaib, pelbagai perkara boleh dilakukan hanya melalui satu peranti kecil di tangan.

Contohnya, dahulu jika kita ingin menyunting gambar, kita perlu menggunakan komputer atau mengupah pakar dalam bidang grafik.

Namun kini, sesiapa sahaja mampu melakukannya sendiri hanya menggunakan aplikasi penyuntingan yang tersedia dalam telefon.

Terdapat pelbagai filter, alat suntingan dan kesan khas yang ditawarkan, cukup lengkap untuk menghasilkan gambar yang cantik dan menarik.

Tapi, apa berlaku jika netizen yang terlebih kreatif mula menyunting gambar seperti seorang pakar grafik profesional?

“Tolong buatkan dia jadi sedap sikit. Maklumlah, belum gaji…”

Itulah yang berlaku kepada seorang pemuda yang mencuri tumpuan di Threads baru-baru ini. Dalam satu hantaran, dia memuat naik gambar semangkuk mi segera, dengan satu permintaan.

“Tolong buatkan dia jadi sedap sikit. Maklumlah, belum gaji…,” katanya sambil berkongsi gambar asal yang dimintanya untuk disunting.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, netizen ternyata tidak melepaskan peluang terhidang untuk memperagakan bakat suntingan masing-masing.

Melihat kepada hasil suntingan yang dihidangkan, memang tidak kering gusi dibuatnya. Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk tatapan anda di bawah.

“Aku dah agak komen macam mana…” – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai netizen tidak dapat menahan rasa geli hati sebaik sahaja melihat hantaran berkenaan.

Rata-rata mengakui mereka memang menantikan “posting” edit gambar macam ni kerana sudah dapat menjangka pelbagai komen lucu yang bakal memenuhi ruangan komen.

Tidak kurang juga yang mengakui akan menjadi orang pertama yang ‘menyibuk’ jika ada yang meminta bantuan mengedit gambar.

Di sisi lain, ada juga warga maya yang memberikan idea ‘boleh pakai’ sehingga hasil suntingan yang dikongsikan malah membuatkan ramai yang melihatnya terliur.

BACA: Tular, Wanita Rusia Dedah Hal ‘Mengejutkan’ Terjadi Di Malaysia

Sumber: Threads @mhd.kallll