Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Trump Umum Kerajaan Interim Venezuela Akan Serah 30-50 Juta Tong Minyak Kepada Amerika
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa memaklumkan bahawa kerajaan interim Venezuela bakal membekalkan sehingga 50 juta tong minyak kepada negara itu, dengan hasil penjualannya akan berada di bawah kawalan beliau selaku presiden.
Menerusi hantaran di platform Truth Social miliknya, Trump berkata pihak berkuasa interim Venezuela akan menyerahkan antara 30 hingga 50 juta tong minyak berkualiti tinggi yang sebelum ini tertakluk di bawah sekatan kepada Amerika Syarikat.
“Minyak ini akan dijual pada harga pasaran dan dana tersebut akan dikawal oleh saya, sebagai Presiden Amerika Syarikat.
“Ini bagi memastikan ia digunakan untuk memberi manfaat kepada rakyat Venezuela dan Amerika Syarikat,” katanya.
Berita lanjut menyusul
Sumber: AFP