Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat, Angin Kencang Di Tiga Negeri Petang Ini

Azizah Najib
angin kencang tiga negeri
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Lebat, Angin Kencang Di Tiga Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat melibatkan tiga negeri hingga 6 petang ini.

Amaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan melibatkan daerah Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak.

Di Sarawak, daerah Kuching, Serian, Samarahan, Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri dan Limbang (Limbang) diramal bakal alami hujan lebat petang ini.

Begitu juga di Sabah. Daerah Pedalaman (Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau) dan Kudat turut dijangka hujan lebat.

Kredit: MetMalaysia

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat agar mengamalkan langkah berjaga-jaga dan tidak berada di lokasi berisiko.

BACA: Pulau Pinang Tersenarai Antara Destinasi Pelancongan Terbaik 2026 – CNN Travel

BACA: Penerbangan Malaysia Airlines Berpatah Balik Ke Paris Susulan Anomali Petunjuk Enjin

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)