Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bekas Panglima Tentera Darat, Dua Isteri Tiba Di Mahkamah Majistret Putrajaya Bagi Urusan Reman

Kredit: Bernama

Bekas Panglima Tentera Darat, Dua Isteri Tiba Di Mahkamah Majistret Putrajaya Bagi Urusan Reman

PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) — Seorang bekas Panglima Tentera Darat dan dua isterinya tiba di Kompleks Mahkamah Majistret di sini bagi urusan reman untuk membantu siasatan kes rasuah membabitkan rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Kredit: Bernama

Mereka tiba di pekarangan kompleks mahkamah berkenaan menaiki sebuah van dan kereta milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 10 pagi.

Ketiga-tiga individu, yang memakai baju lokap SPRM berwarna oren, kemudian dibawa memasuki kompleks mahkamah oleh pegawai SPRM.

Kredit: Bernama

Lelaki itu bersama kedua-dua isterinya ditahan pada 7 malam semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini.

Pada 23 Dis lepas, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.

Pada Selasa, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan TDM.

Kredit: Bernama

BACA: Isu Dokumen Pemain Warisan Harimau Malaya: Polis Terima 45 Laporan, Rakam Keterangan Lapan Individu

BACA: Pengukuhan Hubungan Malaysia-Turkiye Beri Makna Sebenar Persahabatan Dua Negara – PM Anwar

BACA: NASA Sahkan Objek Pertama Tanpa Bintang Dan Didominasi Jirim Gelap Di Alam Semesta

Sumber: Bernama