Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Keperluan PT3, UPSR Dikaji Semula – Fadhlina 

Iqbal Yasir
pt3 upsr dikaji semula fadhlina
Gambar: Bernama

Keperluan PT3, UPSR Dikaji Semula – Fadhlina

PUTRAJAYA, 9 Jan (Bernama) — Kementerian Pendidikan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi mengkaji keperluan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata dapatan majlis tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri, sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

Beliau berkata kajian semula itu mengambil kira permintaan ibu bapa yang masih mahu peperiksaan berkenaan dipertimbangkan semula.

“Laporan kaji selidik dan sebarang dapatan akan dikemukakan kepada Kabinet untuk diputuskan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu kementerian itu, di sini hari ini.

Fadhlina berkata kajian tersebut akan segera dilaksanakan dalam masa terdekat.

UPSR dimansuhkan pada 2021, manakala PT3 dimansuhkan pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Sumber: Bernama