Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

TUDM Sahkan 20 Pegawai Terbabit Dalam Aktiviti Tidak Bermoral
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memandang serius penglibatan pegawainya dalam aktiviti tidak bermoral dan memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap semua pihak yang terlibat, selaras dengan peruntukan undang-undang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, memaklumkan siasatan awal mendapati seramai 20 orang Pegawai TUDM terlibat secara langsung dalam aktiviti berkenaan.
Menurut beliau, TUDM akan memastikan semua pelaku dibawa untuk dibicarakan dan diadili mengikut lunas serta peruntukan perundangan yang berkuat kuasa di bawah ATM.
Beliau menegaskan bahawa budaya tidak sihat seperti yang disiasat itu bukanlah amalan TUDM, dan tidak mencerminkan nilai serta disiplin yang menjadi teras pasukan berkenaan.
Sehubungan itu, TUDM tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran Perintah, Direktif dan Peraturan, dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang didapati bersalah. Malah, pihak yang gagal melaksanakan arahan juga akan dikenakan tindakan sewajarnya.
Pucuk pimpinan TUDM turut menzahirkan rasa kesal terhadap kejadian yang berlaku dan memberi jaminan bahawa langkah-langkah susulan akan dilaksanakan bagi memastikan integriti, disiplin dan profesionalisme warga TUDM terus terpelihara.
BACA: Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Ikrar Terus Berjuang, Tekad Betulkan Fakta Sejarah
Sumber: TUDM