Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Penduduk Turap Jalan Rosak Guna RM30,000 Hasil “Live” Di TikTok
Penduduk di Sampang, wilayah Jawa Timur bergotong-royong membaiki sebuah jalan yang rosak menggunakan dana 125 juta rupiah (RM30,256) yang diperoleh menerusi siaran langsung di platform TikTok, lapor portal Lambe Turah.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di Desa Tobai Tengah, daerah Sokobanah pada 7 Januari lalu.
Seorang penduduk tempatan berkata usaha pengumpulan dana itu tercetus susulan kegagalan pemerintah mengabaikan suara rakyat selama beberapa tahun.
“Kami membuat siaran langsung di platform TikTok menerusi akaun @swadaya93
“Alhamdulillah, sebanyak 125 juta rupiah berjaya dikumpulkan, dengan kira-kira 70 peratus diperoleh daripada ‘gift’ di TikTok manakala selebihnya hasil sumbangan orang ramai,” ujarnya lagi.
Difahamkan, dana berkenaan digunakan untuk membeli bahan turapan bagi membaiki jalan yang rosak sepanjang kira-kira 800 meter.
“Jalan itu merupakan laluan utama penduduk untuk ke sawah dan pasar
“Keadaan tanah yang bercampur air menjadikannya licin, manakala kewujudan lubang menyebabkan penunggang motosikal kerap terjatuh,” tambahnya.
Sementara itu, Ketua Desa Tobai Tengah, Muhammad Ruji mengesahkan jalan berkenaan adalah milik desa. Bagaimanapun, beliau mengakui tidak mengetahui dengan tepat sejak bila kerosakan itu berlaku.
“Saya mula memegang jawatan sebagai ketua desa sejak April 2025. Ketika itu, keadaan jalan memang sudah rosak,” jelasnya.
Ruji mendedahkan kekangan peruntukan kewangan desa menjadi punca kerja pembaikan belum dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan desa.
Sumber: Lambe Turah