Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Lelaki Minta “Edit” Gambar Bersama Cristiano Ronaldo, Hasilnya Buat Ramai Dekah

Kredit: Edit Apa Hari Ini ·
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Lelaki Minta “Edit” Gambar Bersama Cristiano Ronaldo, Hasilnya Buat Ramai Dekah

Memiliki telefon pintar hari ini sudah menjadi satu kemestian kepada orang ramai.

Peranti tersebut bukan sahaja digunakan sebagai medium berkomunikasi, malah menjadi alat untuk mencari maklumat semasa dan meningkatkan produktiviti ketika waktu lapang.

Seiring dengan peredaran zaman, telefon pintar kini memiliki kemampuan seperti sebuah kamera untuk mengambil gambar dan seperti sebuah komputer untuk membuat kerja-kerja suntingan.

Jika dahulu pengguna mungkin perlu mendapatkan khidmat pakar untuk kerja-kerja suntingan, kini anda boleh mengambil gambar dan membuat suntingan berbekalkan telefon pintar di mana-mana sahaja.

Tambah pula dengan pelbagai filter dan tools yang disediakan dalam aplikasi telefon, gambar yang diambil dan disunting boleh menjadi sangat menarik ataupun menghiburkan orang ramai.

Lelaki minta tolong “edit” gambar berdiri sebelah pemain bola sepak

Dengan kecanggihan aplikasi terkini dalam penyuntingan gambar dan video, pemilik kepada akaun Facebook Wan Mohammad Luqman telah memuat naik sekeping gambar ke Kumpulan Edit Apa Hari Ini.

Dalam hantaran tersebut, lelaki ini meminta pertolongan orang ramai untuk menyunting gambar dirinya yang sedang berdiri bersama idola, Cristiano Ronaldo.

“Nak minta pakar-pakar edit, tolong editkan saya berdiri dengan idola CR7,” katanya.

Selepas itu, warga maya ternyata tidak melepaskan peluang ‘keemasan’ untuk menonjolkan bakat suntingan masing-masing.

Minta tolong editkan gambar, sekali macam-macam yang keluar

Apa yang melucukan, penyunting-penyunting gambar alam maya ini begitu kreatif dengan menerapkan unsur-unsur lucu dalam suntingan masing-masing.

Melihat kepada hasil suntingan yang dihidangkan, memang tidak kering gusi dibuatnya.

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah bakat dan kretiviti suntingan warga maya bukan calang-calang, malah ada yang diluar kotak pemikiran.

Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk anda dibawah.

“Penceroboh bilik persalinan Ronaldo berjaya di tahan,” komen seorang wargamaya
Gambar: Fb Kumpulan Edit Apa Hari Ni
“Siap sebelah CJ7,” komen seorang lagi wargamaya.
Gambar: Fb Kumpulan Edit Apa Hari Ni
Gambar: Fb Kumpulan Edit Apa Hari Ni
Gambar: Fb Kumpulan Edit Apa Hari Ni
Gambar: Fb Kumpulan Edit Apa Hari Ni
Gambar: Fb Kumpulan Edit Apa Hari Ni
Gambar: Fb Kumpulan Edit Apa Hari Ni

Anda boleh melihat lebih banyak hasil suntingan warga maya di grup Edit Apa Hari Ini.

BACA: Berjaya Tempah 4 Pax Tapi Datang Seorang, Lelaki Ajak Kawan “Random” Di Threads Makan Di Rembayung

Sumber: Edit Apa Hari Ini