Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
letupan universiti
Gambar: MKN

Tiga Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan Di Kulim

Hannah

Tiga Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan Di Kulim

KULIM, 18 Jan (Bernama) — Tiga beranak maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Kulim-Mahang dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu kereta, Muhammad Syazwan Mohd Surodjidin, 25, serta dua anaknya, Muhammad Aqeel Afnan, 4, dan Muhammad Affan Mikhael, 2.

“Pasukan polis trafik menerima laporan berkaitan kemalangan itu pada 5.15 petang dengan ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada Proton S70 dipandu lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Perodua Viva dinaiki ketiga beranak itu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kesemua mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat manakala kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 5.09 petang.

“Lima anggota BBP Kulim Hi Tech yang tiba di lokasi kejadian mendapati pemandu Perodua Viva tersepit dan terdapat dua kanak-kanak lelaki di dalam kenderaan itu,” katanya menambah kematian ketiga-tiga mangsa disahkan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

Beliau berkata kereta Proton S70 itu dilaporkan terbakar namun pemandunya berjaya menyelamatkan diri dan kini dirawat di Hospital Kulim akibat cedera ringan.

“Dua kanak-kanak lelaki di bahagian penumpang Perodua Viva dikeluarkan dengan bantuan orang awam manakala pasukan bomba mengeluarkan pemandunya yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya.

Azmir berkata operasi menyelamat tamat pada 6.16 petang.

Sumber: BERNAMA