Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Zahir Takziah Buat Keluarga Tiga Beradik Maut Kemalangan Di Pontian

ANWAR
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tiga beradik yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di Jalan Parit Haji Siraj, di sini, pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau dukacita menerima perkhabaran mengenai tragedi yang meragut nyawa ketiga-tiga beradik berkenaan.

“Saya menzahirkan simpati yang mendalam kepada seluruh keluarga dan mendoakan agar mereka dikurniakan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.

“Semoga roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, tiga beradik berusia 18, 11 dan lapan tahun maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Sarpan di Kayu Ara Pasong sebelum berpatah balik selepas mendapati sekolah berkenaan ditutup.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang, motosikal dinaiki mereka dipercayai melanggar bahagian hadapan lori terbabit.

Kemalangan itu dipercayai berlaku ketika laluan berkenaan mengalami keadaan berkabus tebal dan berjerebu.

Mayat ketiga-tiga mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pontian untuk bedah siasat.

Intipati
  • Anwar Ibrahim menzahirkan takziah kepada keluarga tiga beradik yang maut dalam kemalangan.
  • Kemalangan di Jalan Parit Haji Siraj membabitkan motosikal dinaiki mangsa dan sebuah lori.
  • Mangsa dipercayai pulang selepas mendapati SK Parit Sarpan ditutup pada pagi kejadian.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan