Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

9 Perkara Tentang Malaysia Yang Buat Amerika ‘Kalah’

amerika kalah malaysia
Gambar: TikTok @energeticeasts

9 Perkara Tentang Malaysia Yang Buat Amerika ‘Kalah’

Tak dinafikan, Malaysia memang ada ‘aura’ tersendiri. Bukan sekadar cantik pada mata, tetapi juga nyaman didiami. Sebab itulah ramai pelancong yang datang sekali, akhirnya jatuh cinta dan ingin datang lagi.

Setiap kali pelancong luar berkongsi pengalaman mereka, pasti ada cerita menarik. Daripada makanan, gaya hidup, sehinggalah cara hidup rakyat tempatan yang dianggap unik dan menyenangkan.

Baru-baru ini, seorang wanita mencuri perhatian ramai apabila berkongsi 9 perkara yang menurutnya Malaysia lakukan lebih baik berbanding Amerika Syarikat.

“Malaysia menang bab ini…,” katanya ringkas di ruangan kapsyen, seolah-olah mengakui Amerika ‘kalah’ kepada Malaysia.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi akaun TikTok @energeticeasts dan pantas menjadi tular.

1. Kasut tinggal di luar

Menurutnya, budaya menanggalkan kasut sebelum masuk rumah dan sesetengah premis perniagaan menjadikan sesuatu tempat lebih bersih dan selesa.

“Bila dah biasa, rasa pelik pula kalau pakai kasut dalam rumah,” katanya.

2. Semua guna WhatsApp

Wanita itu mengakui dia gemar sistem ini kerana tidak perlu sentiasa membuat panggilan telefon untuk urusan temu janji. Daripada doktor, sekolah anak, sehinggalah penghantar makanan. Menurutnya, segalanya pantas, mudah dan lebih santai.

3. Langkah keselamatan

Antara perkara yang paling menarik perhatian ialah langkah keselamatan yang tersedia, khususnya untuk wanita dan orang awam.

Tempat letak kereta khas wanita, butang kecemasan di taman dan garaj, serta pengawal keselamatan yang mudah ditemui. Ia menjadikan keselamatan sebagai keutamaan di Malaysia.

4. Sistem penghantaran

Di Malaysia, katanya, hanya dengan beberapa ringgit, kita boleh upah orang untuk hantar barang dan ia sampai ke depan pintu dalam masa singkat. Baginya, sistem penghantaran di Malaysia sangat fleksibel dan menjimatkan masa.

5. Semua perayaan disambut bersama

Malaysia yang berbilang kaum dan agama mempunyai pelbagai cuti umum. Menariknya, katanya, semua orang turut sama meraikannya.

Jalan raya, pusat beli-belah dan pejabat dihias mengikut perayaan, tanpa mengira agama atau bangsa. Inilah hal yang jarang ditemui di banyak negara lain.

6. Tiada budaya ‘wajib tip’

Di Malaysia, tiada budaya memberi tip secara paksa. Harga yang dibayar sudah termasuk servis, jadi pelanggan tidak perlu berfikir panjang atau buat kiraan tambahan. Bayar dan terus jalan, katanya.

7. Akses lewat malam

Katanya, akses lewat malam menjadi kelebihan besar Malaysia. Makanan, kedai runcit, farmasi, kebanyakan tempat masih dibuka hingga lewat malam.

Ini menjadikan kehidupan lebih fleksibel, terutama bagi mereka yang bekerja atau aktif pada waktu malam.

8. Bayar guna kod QR di mana-mana

Daripada pusat beli-belah besar hinggalah ke gerai kecil tepi jalan, bayaran kod QR sudah jadi perkara biasa. Baginya, kemudahan ini menjadikan urusan harian lebih cepat dan praktikal.

9. Hidup lebih perlahan & sabar

Perkara terakhir yang paling disukainya ialah cara hidup yang lebih santai.

Di Malaysia, katanya, tidak semua perkara perlu terlalu pantas. Ada ruang untuk berbual, bertegur sapa dan berinteraksi, berbeza dengan budaya “rush” yang sangat kuat di Amerika.

Biasa bagi kita, luar biasa bagi mereka

Apa yang menarik, kebanyakan perkara yang disenaraikan ini adalah perkara biasa bagi rakyat Malaysia. Namun bagi pelancong asing, inilah kelebihan yang membuatkan mereka rasa selesa, dihargai dan diterima.

Rupanya, cara hidup kita yang sederhana ini dipandang tinggi oleh orang luar, bahkan membuatkan ramai cemburu. Jadi sebagai rakyat Malaysia, bukankah kita patut lebih bersyukur?

BACA: Minah Saleh Bongkar ‘Kenyataan’ Tinggal Di Malaysia

Sumber: TikTok @energeticeasts