Januari ini, Pandora membawa peminat ke dunia percintaan era Regency menerusi kolaborasi terbaharu bersama Bridgerton, siri popular Netflix terbitan Shondaland.
Terinspirasi daripada kisah cinta dramatik, persahabatan dan keberanian watak-watak Bridgerton Pandora memperkenalkan koleksi 14 barang kemas yang meraikan cinta dan ekspresi diri dengan cara tersendiri.
Antara elemen utama koleksi ini adalah:
Bunga buatan tangan dengan perincian halus, simbol rahsia cinta dan kesetiaan suatu ketika dahulu
Mutiara dan reben dalam rona pastel ceria
Warna lilac wisteria, bunga ikonik yang sinonim dengan dunia Bridgerton
Lebah Ikonik, Bow Elegan & ‘Tea’ Ala Lady Whistledown
Ikon lebah, simbol ketekunan dan komuniti dalam barang kemas sentimental era Georgian, kembali menjadi motif utama dalam koleksi ini sejajar dengan warisan keluarga Bridgerton.
Paling mencuri perhatian? Charm uncang teh bertatah permata, seolah-olah mengajak peminat “spill the tea” ala Lady Whistledown.
Seiring dengan Bridgerton yang terkenal dengan kisah cinta penuh emosi, watak wanita yang kuat dan kostum memukau, koleksi Rules to Love By ini ditujukan buat mereka yang menghargai keaslian perasaan dan kebebasan mengekspresikan diri.
“Kami melihat gaya era Regency melalui lensa kontemporari,” kata Pengarah Kreatif Pandora, Francesco Terzo dan Filippo Ficarelli.
“Lebah yang sinonim dengan keluarga Bridgerton, menjadi inspirasi utama. Koleksi ini tentang proses berkembang dan menjadi diri sendiri, dengan lebah dan bunga sebagai simbol cinta dan keghairahan.”
Wajah Kempen & Tarikh Pelancaran
Kempen koleksi ini menampilkan bintang Bridgerton:
Koleksi Pandora x Bridgerton akan mula dijual pada 15 Januari 2026, secara dalam talian dan di butik Pandora di seluruh dunia.
Sebagai bonus buat peminat, Bridgerton Musim 4 akan ditayangkan dalam dua bahagian:
Bahagian 1: 29 Januari 2026
Bahagian 2: 26 Februari 2026 — dengan barang kemas Pandora muncul dalam bahagian kedua siri ini.