Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Permulaan Bermakna 2026, Sofyank Kongsi Projek Baharu Bersama Astro Shaw

Athirah
Sofyank Astro Shaw
Kredit: Sofyank96

Permulaan Bermakna 2026, Sofyank Kongsi Projek Baharu Bersama Astro Shaw

Pereka kandungan digital terkenal, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Sofyank sekali lagi mencuri perhatian ramai, apabila berkongsi beberapa gambar bersama Muhammad Shaffuan dan Nicholas Chin.

Menerusi hantaran Sofyank96 di laman X, mereka diberikan amanah dan kepercayaan oleh Astro Shaw untuk menghasilkan sebuah karya yang memikul tanggungjawab besar.

“Kami merendah diri ingin meminta doa semua yang sentiasa menyokong kami

“Semoga projek kali ini menjadi sebuah permulaan sesuatu yang penuh bermakna untuk kami dan semoga karya kali ini dapat memenuhi citarasa dari peminat-peminat filem Malaysia,” ujar Sofyank lagi.

Difahamkan, karya ini menjadi titik permulaan yang bermakna bagi mereka pada tahun 2026.

Ramai kagum menonton video Sofyank mempromosikan pelancongan di Singapura

Sebelum ini, SK melaporkan Sofyank memuat naik video mempromosi pelancongan di Singapura.

Menerusi video berkenaan, Sofyank tidak hanya menonjolkan kreativiti dan kemahirannya dalam menghasilkan video yang mengagumkan, tetapi turut mempromosi pelbagai tempat menarik di negara jiran itu.

Video berdurasi satu minit lebih itu mendapat pelbagai reaksi warga maya yang mengagumi hasil seninya.

Sofyank kemudian turut berkongsi pengalaman dan proses yang perlu dilalui beliau bersama pasukan untuk menghasilkan video tersebut.

“Sedikit saya nak kongsikan tentang proses untuk kami hasilkan video kali ini di mana kitorang menggunakan konsep run and gun.

“Kami berpindah daripada satu tempat ke tempat yang lain dan kami cuba rakam sebanyak mungkin sudut yang cantik untuk diletakkan dalam video.

“Bagi memudahkan proses rakaman kali ni, saya dan Shaffuan pergi ke Singapura terlebih dahulu untuk kami dapatkan sebanyak mungkin sudut yang boleh dijadikan rujukan pada hari rakaman nanti,” ujarnya.

Katanya, menerusi projek kali ini, mereka juga berpeluang berkenalan bersama beberapa rakan baharu dari Singapura.

“Merekalah yang membawa kami ke tempat-tempat yang cantik untuk kami rakam pada hari rakaman. Terima kasih Yatt dan juga Richard,” ucapnya.

Tambahnya, selepas melakukan tinjauan lokasi, proses rakaman mengambil masa selama tiga hari dan semuanya berjalan dengan lancar.

Sofyank turut menggunakan kesempatan ini bagi menzahirkan penghargaan terhadap warga maya yang memahami tujuan utama video pelancongan itu dihasilkan.

BACA: Terimbau Memori Lama, Cef Luar Negara Teruja Jumpa Buah Ini Di MYDIN

Sumber: Sofyank96