Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

1 Maut Manakala 13 Cedera Dalam Kejadian Tembakan Rambang Di Texas

Kredit: BERNAMA

HOUSTON (Amerika Syarikat): Kejadian tembakan rambang di sebuah majlis di Baytown, dekat Houston, Texas pada Ahad lepas telah mengakibatkan seorang maut manakala 13 yang lain cedera.

Lapor Agensi Berita Xinhua yang dipetik daripada akhbar Houston Chronicle, mangsa telah disahkan meninggal dunia di hospital dan tiga yang lain telah dilaporkan cedera pada tahap kritikal.

Menurut Syerif Harris County, Ed Gonzalez, penyerang itu telah melepaskan tembakan sambil memandu kenderaan.

Salah seorang daripada mangsa yang cedera mungkin adalah kanak-kanak. Media tempatan melaporkan majlis itu diadakan oleh seorang wanita sempena memperingati kematian anaknya yang dibunuh beberapa minggu yang lalu.

Sumber: Astro Awani