Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

10 Ahli Parlimen PKR Desak Semak RUU Pisahkan Peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya
KUALA LUMPUR -- Sepuluh Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendesak untuk menolak atau mengambil pendirian berkecuali menyokong pindaan Perlembagaan yang bersejarah bagi memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya sekiranya Parlimen tidak diberikan kuasa pengawasan langsung terhadap jawatan baharu yang bakal diwujudkan itu.
Perkata itu dimaklumkan Rafizi dalam satu kenyataan yang ditandatangani bersama sembilan Ahli Parlimen lain, yang menyambut baik pembentangan pengundian Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026.
Bagaimanapun, mereka memberi amaran bahawa rang undang-undang dalam bentuk semasa berisiko mewujudkan sebuah institusi penguatkuasaan undang-undang yang kuasanya tertumpu di tangan beberapa individu sahaja.
Jelasnya, pindaan itu yang memerlukan majoriti dua pertiga untuk diluluskan, dijadualkan untuk diundi di Dewan Rakyat pada Selasa, 3 Mac.
Dalam masa yang sama, mereka turut mengambil maklum pendirian bersama pertubuhan-pertubuhan sivil yang terdiri dari BERSIH, C4 Center, IDEAS, Projek SAMA, Rasuah Busters, IKRAM Malaysia dan ABIM yang dikeluarkan semalam (Isnin, 23 Februari 2026).
Ia termasuk kritikan terhadap pengendalian siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Peguam Negara ketika itu yang memegang kuasa Pendakwa Raya, dengan menyatakan bahawa Parlimen dan rakyat tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap penyandang jawatan berkenaan.
Susulan itu, mereka mengemukakan empat tuntutan utama bagi mengelakkan perkara sama berulang;
RUU dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi bagi mendapatkan maklum balas rentas parti.
Calon Pendakwa Raya perlu melalui sesi pendengaran pengesahan awam yang disiarkan secara langsung dan mendapat sokongan majoriti mudah Dewan Rakyat sebelum diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
Dewan Rakyat diberi kuasa memulakan usul pemecatan atas alasan salah laku dengan sokongan dua pertiga majoriti sebelum menasihati penubuhan tribunal.
Tempoh jawatan dipendekkan daripada tujuh tahun kepada empat tahun bagi memastikan jawatan itu kekal tertakluk kepada kehendak demokrasi rakyat.
Untuk makluman, kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Rafizi (Pandan), Wong Chen (Subang), Lee Chean Chung (Petaling Jaya), S. Kesavan (Sungai Siput), Onn Abu Bakar (Batu Pahat), Rodziah Ismail (Ampang), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Zahir Hassan (Wangsa Maju), Hassan Karim (Pasir Gudang) dan Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau).