Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Semua orang tahu yang semut adalah sejenis makhluk kecil yang tidak memberikan apa-apa manfaat dalam kehidupan manusia. Kehidupan semut ini sangat unik. Bayangkan beribu-ribu ekor dalam koloni mereka dapat mengenali antara satu sama lain.
Pernahkah anda perhatikan pergerakan semut sewaktu ia berjalan dan jumpa semut lain? Semut-semut ini akan bercium dan bersentuhan antara satu sama lain. Ia seolah-olah mengenali antara satu sama lain walaupun dalam keadaan puluhan ribu pada satu masa.
Hari ini Sk berbesar hati berkongsi tentang keunikan semut yang anda perlu tahu. Pernah tak anda berfikir haiwan ini dikategorikan kelas apa? Semut adalah Omnivor. Haiwan omnivor merupakan haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain sebagai makanan. Saiz minimum seekor semut adalah 1 inci.
Dalam bahasa Melayu, mempunyai penjodoh bilangan. Untuk koloni semut ia boleh dipanggil sebagai seekor, kawan, koloni dan sarang.
Untuk pengetahuan umum, lebih 10,ooo ribu spesies semut di seluruh dunia ini. Semut boleh mengangkat dan membawa tiga kali ganda daripada beratnya sendiri. Lebih menarik lagi, selama 50 juta tahun, semut adalah haiwan yang paling teratur dan bekerjasama.
1. Ratu
Koloni semut dipimpin oleh seekor ratu (betina) yang berfungsi untuk bertelur bagi memastikan kelangsungan hidup koloni semut.
2. Semut Jantan
Pasti ramai yang tak tahu sebenarnya semut jantan hanya mempunyai satu peranan sahaja iaitu mengawan bersama ratu. Setelah mengawan semut jantan tersebut akan mati.
3. Semut Bekerja
Semut betina bekerja keras mencari makanan, menjaga ratu, bekerja dan melindungi sarang serta tugas-tugas lain.
Ini adalah fakta menarik mengenai semut yang belum tentu kita tau. Menarik bukan? Sebagai manusia janganlah jadi seperti semut jantan yang dianggap sebagai pemalas.
Sumber: Bernama