Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

10 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Hujan lebat petang ini
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang ini.

Hujan lebat petang ini

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan WP Kuala Lumpur.

“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kulim, Bandar Baharu dan Baling. Manakala di Perak pula melibatkan Hulu Perak, Selama, Larut Matang, Kerian, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Hilir Perak.

“Selain itu, di Kelantan pula termasuk Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Bagi Terengganu, beberapa daerah dijangka hujan seperti Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Hulu Terengganu.

“Sementara di Pahang pula termasuk Cameron Highlands, Raub, Bentong, Bera, Jerantut, Lipis dan Kuantan.

“Di Selangor, beberapa lokasi dijangka hujan seperti Petaling, Gombak dan Hulu Langat. Di Negeri Sembilan, hanya dua daerah diramal hujan iaitu Jelebu dan Jempol.

“Di Johor pula melibatkan kawasan Kulai, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Miri (Bario, Marudi, Miri dan Telang Usan).

“Sementara di Sabah melibatkan Sandakan (Kinabatangan), Tawau (Lahad Datu, Tawau dan Kalabakan), Pedalaman (Pensiangan, Tambunan, Tenom, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Keningau dan Sipitang), Pantai Barat” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Kredit: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 6 petang.
  • Amaran melibatkan 10 negeri serta seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Penduduk dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan