Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di 10 negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 9 malam ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran melibatkan seluruh negeri Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.
Amaran turut membabitkan negeri Kedah iaitu di daerah Kubang Pasu, Padang Terap dan Sik.
Di Perak, hujan lebat diramal berlaku di Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Seterusnya, bagi negeri Terengganu, amaran melibatkan daerah Besut, Dungun dan Kemaman.
Manakala, di Johor pula di Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.
Beralih ke Sarawak, hujan diramal di daerah Kuching (Kuching), Sarikei (Julau) dan Sibu (Sibu dan Kanowit).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.