Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

10 Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

hujan lebat petang
Gambar: Bernama

10 Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri sehingga jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan, beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah diramal hujan.

"Di Kedah, hanya daerah Langkawi dijangka hujan. Manakala di Perak pula melibatkan kawasan Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

"Bagi Kelantan, ia termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Sementara di Terengganu pula termasuk Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kemaman.

"Selain itu, beberapa kawasan di Pahang pula melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Bagi Selangor, hanya Hulu Selangor dan Gombak dijangka hujan.

"Begitu juga di Jempol dan Tampin bagi Negeri Sembilan. Di Johor, daerah Tangkak, Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi diramal hujan lebat sebelah petang.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Subis) dan Limbang. Manakala di Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.