Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

10 Perkataan 'Raya' Yang Sering Disalah Eja & Sebut Orang Ramai
Bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang indah serta mudah dipelajari oleh sesiapa sahaja.
Tidak hanya mudah disebut dan sedap didengar sebutannya, malah satu-satu perkataan itu boleh melambangkan pelbagai maksud mengikut konteks perbualan.
Ia juga sentiasa berkembang mengikut perubahan zaman termasuk asimilasi budaya, kewujudan teknologi sekali gus munculnya istilah atau perkataan baharu.
Memandangkan kurang seminggu lagi seluruh umat Islam di Malaysia bakal menyambut lebaran. Pastinya ramai di antara kita yang sudah menyiapkan persiapan raya, malah ada yang masih tak menang tangan dibuatnya.
Bagi yang di kampung, kepulangan anak sudah tentu menjadi satu rahmat buat ibu bapa, setelah sekian lama menunggu dengan penuh kesabaran.
Bagi yang di perantauan, inilah masanya untuk pulang mengeratkan semula hubungan yang sekian lama pudar atau terpisah di kampung halaman masing-masing.
Bagaimanapun, dalam kita saling bermaaf-maafan dan bertukar-tukar pandangan, kadangkala sering menyebut atau m
Bertepatan dengan itu, SK kongsikan beberapa perkataan yang sering digunakan dalam masyarakat namun salah dari segi ejaannya.

Silaturrahim ejaan yang betul Silaturahim
Kuih Bahulu ejaan yang betul Kuih Baulu
Semprit ejaan yang betul Semperit
Resepi ejaan yang betul Resipi
Sampin ejaan yang betul Samping
Mertua ejaan yang betul Mentua
Satay ejaan yang betul Sate
Nasi impit ejaan yang betul Nasi Himpit
Sedondong ejaan yang betul Sedondon
Keripik ejaan yang sebenar Kerepek
Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.
Di kesempatan ini kami dari Siakap Keli ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin bersama keluarga tercinta dan sanak-saudara .