Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

‘KLCC pun dah tak nampak’ itu antara reaksi warga maya yang terkesan dengan keadaan udara berkabus dan berjerebu di sekitar ibu negara pagi ini.
Menerusi tangkap layar aplikasi IQAir yang dikongsikan, Kuala Lumpur merekodkan bacaan US AQI 164 pada jam 9 pagi, dengan kualiti udara berada pada kategori tidak sihat (Unhealthy).

Berdasarkan paparan sama, bahan pencemar utama ialah PM2.5 dengan kepekatan 74.0 µg/m³, manakala suhu ketika itu ialah 27 darjah Celsius, kelajuan angin 3.0 km/j dan kelembapan 82 peratus.
Bacaan dalam ramalan setiap jam turut menunjukkan indeks kualiti udara masih berada pada paras tidak sihat, iaitu 156 pada jam 10 pagi, sebelum menurun kepada 148 pada jam 11 pagi, 141 pada tengah hari dan 133 pada jam 1 petang.
Keadaan berkenaan turut menarik perhatian warga maya yang mula berkongsi pandangan mengenai jarak penglihatan serta keadaan udara di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur.

“Weh jerebu teruk gila eh sekarang? Kena start pakai mask dah ni,” kata pengguna Threads @heymoondee.
Sementara itu, @geo_tza berkata keadaan jerebu dapat dilihat dengan jelas dari kawasan Setapak sehingga pemandangan KLCC kelihatan kabur.
“View from Setapak, KLCC pun dah nak hilang dah. Jerebu tebal yer kawan-kawan. Kurangkan aktiviti luar yaaa. Sila pakai mask ya kawan-kawan & minum air putih banyak-banyak,” katanya.
Pengguna @puspa_wangi_ pula berkongsi pengalamannya ketika melalui laluan SUKE menuju AKLEH.
“Turun SUKE, nak masuk AKLEH.. Dok gosok mata banyak kali sebab rasa macam kelabu... Rupanya memang kelabu betul, nahhh teruk betul IPU pagi ni,” ujarnya.
Malah, keadaan itu turut menjadi perhatian @arrahharana yang mempersoalkan keadaan udara di ibu negara.
“What's with KL’s air today eh? KLCC pun tak nampak,” katanya.
Perkongsian mengenai keadaan jerebu dan jarak penglihatan di sekitar Kuala Lumpur itu kemudiannya menjadi antara tumpuan warga maya di Threads.
Untuk rekod, klasifikasi US AQI yang digunakan IQAir berbeza daripada IPU Malaysia yang digunakan Jabatan Alam Sekitar. Dalam skala IPU Malaysia, bacaan 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan