Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

11 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Seluruh AS Pada Malam Tahun Baharu

Kredit: Fox News

MOSCOW, 2 Jan (Bernama) — Sekurang-kurangnya 11 orang maut dalam insiden tembakan pada malam Tahun Baharu di seluruh Amerika Syarikat, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik laporan media tempatan pada Rabu.

Menurut akhbar USA Today, kebanyakan insiden berlaku di kelab malam dan bar.

Dua orang dilaporkan ditembak mati di sebuah kelab di Orlando, dua lagi di Lubbock dalam negeri Texas, empat di St. Louis, seorang di Des Moines, Iowa dan dua lagi di Philadelphia.

Tahun 2019 menyaksikan korban tertinggi dalam insiden tembakan di AS sejak tahun 1970-an, lapor USA Today.

Lebih 210 orang dilaporkan terbunuh dalam 41 insiden.

Sumber: BERNAMA