Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 11 negeri sehingga 6 petang ini.
Hujan lebat petang ini
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah, seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang.
“Di Kedah, daerah yang diramal hujan Baling, Sik, Padang Terap, Pendang, Kubang Pasu, Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda dan Yan.
“Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Muallim, Kerian, Larut Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.
“Kelantan pula melibatkan kawasan Kuala Krai, Tanah Merah, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang.
“Di Terengganu kawasan yang diramal hujan adalah Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Kuala Nerus, Setiu dan Besut.
“Sementara di Pahang pula Kuantan, Jerantut dan Maran. Selain itu, di Selangor seperti Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Gombak.
“Di Johor, kawasan diramal hujan antaranya daerah Batu Pahat dan Muar.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan adalah Serian, Kuching (Kuching), Samarahan, Sri Aman, Kapit (Song dan Kapit), Sibu (Selangau dan Kanowit), Betong, Mukah (Mukah dan Dalat), Bintulu (Tatau), Limbang, Sarikei (Pakan dan Julau).
“Bagi Sabah pula di Pedalaman (Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, Membakut dan Tambunan), Sandakan (Kinabatangan), Tawau (Kalabakan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Kudat (Kota Marudu),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


