Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran terkini ribut petir dan hujan lebat yang akan melanda beberapa kawasan melibatkan negeri-negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
Senarai negeri yang terlibat di kawasan Semenanjung adalah Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak, Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu) dan Pahang.
Zon tengah dan selatan yang terlibat adalah di Selangor (Hulu Selangor dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban) dan Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bharu).
Manakala di Sarawak pula kawasan yang dijangka terjejas adalah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Sibu (Sibu dan Selangau), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga) Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang.
Sementara itu, di Sabah kawasan yang terlibat adalah kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tungod, Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) dan yang terakhir adalah WP Labuan.
Sumber: MET Malaysia
