Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

13 Tahun Tanpa Berita Lepas Berhijrah Ke Malaysia, Anak Warga Indonesia Ini Rayu ‘Kuasa Viral’ Kesan Ayah Kesayangan

Platform media sosial seperti Twitter turut digunakan sebagai medium untuk mencari insan tersayang yang telah terpisah sekian lama. Beberapa pertemuan semula di antara ibu dan anak, adik beradik kandung atau rakan-rakan lama, membuktikan cara ini berjaya menyatukan mereka yang terpisah.

Terbaharu, seorang gadis dari Indonesia menggunakan kuasa tular untuk mencari semula ayahnya yang telah terpisah dari mereka sekeluarga sejak 13 tahun lalu.

Aku nak cari ayah aku

Menurut gadis ini, ayahnya dikatakan telah berhijrah ke Malaysia untuk bekerja dan setelah itu tidak kembali lagi ke pangkuan keluarga.

Menurut maklumat yang disertakan, ayahnya dikenali dengan nama Yayan Suwanto dan berasal dari Semarang.

Jelas gadis ini, kali terakhir ayahnya pulang ke rumah sewaktu dia masih kecil. Setelah itu, ayahnya kembali semula ke Malaysia dan dan tidak membawa bersama telefon bimbit.

Dia yang menyalahkan diri sendiri berkata, permintaan supaya ayahnya meninggalkan telefon bimbit tersebut kepadanya, menyebabkan ayahnya tidak dapat dihubungi lagi dan mereka terputus hubungan sehingga kini.

Ayah tinggalkan handphone buat aku..

Semoga pencarian gadis ini berakhir dan berjaya bertemu semula dengan ayahnya yang telah lama menghilang. Amin.

Sumber: Twitter @indrianapipin1