Masjid merupakan institusi penting dalam Islam yang bukan sahaja sebagai tempat ibadah tapi juga pusat pendidikan, konsultasi, ekonomi hatta sebagai lokasi untuk merawat mangsa peperangan.
Kini, tiada lagi peperangan secara fizikal di negara kita. Namun, masih ada segelintir golongan yang sedang ‘berperang’ dalam rumah sendiri dan terpaksa berhadapan dengan keganasan domestik. Buktinya, sebanyak 1,929 aduan keganasan rumah tangga telah diterima sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu. Malah, sebanyak 902 kes telah direkodkan pada Januari hingga April tahun ini.
Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pembangunan Wanita telah melancarkan program Masjid Sebagai Pusat Transit Mangsa Keganasan Rumah Tangga bagi melindungi golongan yang teraniaya.
Masjid Sebagai Pusat Transit Mangsa Keganasan Rumah Tangga
Terbuka untuk semua agama dan bangsa, sebanyak 14 buah masjid di Kuala Lumpur telah dipilih untuk dijadikan pusat perlindungan transit.
Malah, mangsa akan menerima set persalinan, makan minum, penginapan yang selesa serta khidmat bimbingan dan kaunseling.
Anak & isteri patut berasa selamat ketika di rumah
Tambah Dr Zulkifli, program ini akan dikembangkan ke WP Putrajaya, Labuan dan bakal diusulkan kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri.
Berikut merupakan senarai 14 masjid yang bakal dijadikan Pusat Transit.

Semoga semua mangsa keganasan rumah tangga termasuk anak-anak kecil mendapat perlindungan sewajarnya. Sepertimana kenyataan UNICEF, antara mangsa ‘terbesar’ keganasan domestik ialah anak-anak kecil.