Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

144 Kematian Dicatatkan Akibat Denggi Setakat 26 Dis, Johor Antara Negeri Yang Tertinggi- KKM

Gambar Via Global Health Center

Dalam keadaan negara yang masih lagi ‘diselubungi’ dengan pandemik COVID-19, janganlah dilupakan pada langkah-langkah penjagaan untuk mengelak dari demam Denggi.

Manakan tidak, kes melibatkan demam Denggi ini sebenarnya juga terus direkodkan sentiasa direkodkan sehingga bulan Disember ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Twitter, sebanyak 144 kematian telah dicatatkan akibat Denggi setakat 26 Disember 2020.

Ini termasuk 1 kematian baharu di Melaka dan 1 lagi di Johor.

Sementara itu, Johor, Selangor dan Sabah merekodkan kematian tertinggi akibat Denggi.

Menerusi ciapan itu juga, KKM berkongsi mengenai langkah-langkah pencegahan daripada gigitan nyamuk Aedes.

  1. Gunakan repellan

  2. Pasang penghalau nyamuk

  3. Pasang jaring penghalang nyamuk

  4. Sembur aerosol racun serangga

  5. Pakai seluar panjang dan baju lengan panjang

  6. Tidur dalam kelambu

  7. Elakkan berada di luar rumah pada awal pagi (6-8 pagi) dan senja (6-8 malam)

Anda juga perlu hubungi pihak berkuasa tempatan di kawasan anda untuk laporan kawasan pembiakan Aedes.

Sumber: KKMPutrajaya