Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

15 Cedera Dalam Kemalangan Libatkan Bas Dan Lori Di Rawang

Athirah
Bas Lori Di Rawang
Kredit: Bernama

15 Cedera Dalam Kemalangan Libatkan Bas Dan Lori Di Rawang

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) — Sebanyak 15 cedera termasuk tiga parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dengan lori tiga tan di Kilometer 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) antara Sungai Buaya dan Rawang, dekat sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.24 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang tiba di lokasi kejadian pada 5.51 pagi.

Kredit: PLUS Malaysia

“Sebaik tiba, didapati kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang membawa 40 penumpang dan dua pemandu, dengan 38 penumpang berjaya keluar dengan selamat manakala empat mangsa tersepit di dalam bas.

“Pemandu lori berkenaan turut terperangkap di dalam lori,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh dengan lapan daripadanya dirawat di zon hijau, empat di zon kuning dan tiga lagi di zon merah.

Kredit: PLUS Malaysia

Artikel lanjut bakal menyusul

BACA: Pelancong Kongsi Makanan ‘Berbahaya’ Di Malaysia, Ramai Yang Setuju

Sumber: Bernama