Pelancong Kongsi Makanan ‘Berbahaya’ Di Malaysia, Ramai Yang Setuju
Malaysia memang sudah lama dikenali sebagai destinasi percutian pilihan dunia.
Selain itu, kepelbagaian budaya dan warisan tempatan menjadikan Malaysia unik, dengan setiap negeri mempunyai cerita, makanan dan tradisi tersendiri yang menanti untuk diterokai.
Kepelbagaian makanan tempatan bukan sahaja mencerminkan sejarah dan tradisi masyarakat, tetapi juga menjadi tarikan utama bagi pelancong luar.
Sebagai contoh, nasi lemak, char kuey teow dan roti canai bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk tempatan, malah menjadi “menu wajib cuba” bagi pelancong yang ingin merasai rasa autentik Malaysia.
Lelaki dedah makanan yang ‘bahaya’ di Malaysia
Baru-baru ini, sebuah kiosk yang terkenal dengan jenama biskut tersohor, Famous Amos berjaya menarik perhatian seorang pelancong yang sedang mengembara di Malaysia.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @milanosreviews di TikTok, lelaki itu menyifatkan kiosk tersebut agak ‘bahaya’ kerana ia terletak di dalam kondominium yang didiaminya.
Selain itu, aroma yang terhasil daripada biskut-biskut tersebut dikatakan mampu menggugat selera sesiapa sahaja yang melintasinya.
@milanosreviews turut dilihat tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa jenis biskut yang ditawarkan di kedai tersebut, malah raut wajahnya jelas menzahirkan rasa puas serta memuji kesedapan produk berkenaan.
“Rasanya memang lazat, namun berpotensi meningkatkan berat badan saya,” ujarnya.
Dalam kunjungannya ke Malaysia, pelancong tersebut tidak melepaskan peluang untuk meluahkan kekagumannya terhadap keindahan serta kemudahan moden yang disediakan di negara ini.
Netizen beri cadangan supaya lelaki itu pergi ke kiosk Roti Boy
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberikan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.
Sementara itu, wargamaya turut mencadangkan agar @milanosreviews mencuba roti kopi terkenal di kiosk Roti Boy.
“Setiap kali saya menghidu bau biskut Famous Amos, saya rasa seperti terbang mengikuti jejak baunya,” komen seorang wargamaya.
“Ya, tempat ini memang ‘bahaya’. Berhati-hati, jangan sampai berat badan naik,” komen seorang lagi wargamaya.
Sumber: @milanosreviews