Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

15 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19 Setakat Ini, Seorang Dirawat Di ICU

Aqmal Ezany

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, telah mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 15 petugas kesihatan barisan hadapan di Malaysia telah dijangkiti virus COVID-19 setakat ini.

Menurut satu perkongsian yang dikongsi melalui akaun media sosialnya, 12 daripada petugas kesihatan itu adalah kakitangan KKM manakala 3 lagi daripada sektor kesihatan swasta.

Tambahnya lagi, salah seorang daripada petugas kesihatan KKM itu kini sedang dirawat di wad ICU dan memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memandang serius ancaman yang dibawa virus ini serta patuh pada arahan kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak ini.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Baca: Takde Idea Nak Bawak Anak-Anak Berjalan Di Musim Cuti, Sunway Velocity Mall Bagi Baucer Shopping Pada Kanak-Kanak Yang Sertai Permainan