Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

16 Maut, 28 Cedera Bas Terbalik Di Sinai Selatan, Mesir

CEDERA
Kredit: AFP

ISTANBUL, 2 Sept (Bernama-Anadolu) -- Sekurang-kurangnya 16 orang maut manakala 28 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terbalik di wilayah Sinai Selatan, Mesir pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan, lapor Anadolu Ajansi.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan kemalangan berlaku di Jalan Dahab-Nuweiba, menghala ke Nuweiba.

Jurucakap kementerian Hossam Abdel Ghaffar berkata 20 ambulans dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik pihak berkuasa menerima laporan mengenai kemalangan itu.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, manakala 16 orang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian berdasarkan angka awal.

Menteri Kesihatan Khaled Abdel Ghaffar mengarahkan kemudahan kesihatan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta memastikan mangsa yang cedera menerima rawatan, ubat-ubatan dan bekalan perubatan yang diperlukan.

Kementerian berkata pasukan perubatan terus memantau perkembangan keadaan dari semasa ke semasa.

-- BERNAMA-ANADOLU


Intipati
  • Enam belas orang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian berdasarkan angka awal.
  • Mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan kemalangan itu.
  • Menteri Kesihatan mengarahkan kemudahan kesihatan meningkatkan kesiapsiagaan dan memastikan bekalan perubatan mencukupi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan