Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

17 Kawasan Dijangka Alami Angin Kencang Hingga 2 Januari, 4 Kawasan Dalam Kategori Merah

Gambar via Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui laman web rasmi hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di 17 kawasan perairan seluruh Malaysia hingga 2 Januari 2022.

Menurut kemaskini MetMalaysia setakat jam 2.30 petang tadi, amaran kategori pertama (kuning) melibatkan perairan Timur Samui, Selatan Bunguran, Selatan Reef South dan Sulu. Kadar kelajuan angin di kawasan kategori pertama dianggarkan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmj) dengan ketinggian ombak 2.5 hingga 3.5 meter.

Manakala sembilan kawasan dalam kategori kedua (jingga) berkemungkinan mengalami angin kencang dengan kelajuan 50 hingga 60 kmj. Ketinggian ombak di kawasan perairan kategori kedua dianggarkan setinggi 3.5 hingga 4.5 meter. Kawasan terlibat dalam kategori kedua adalah:

  • Johor Timur

  • Pahang

  • Terengganu

  • Kelantan

  • Tioman

  • Utara Bunguran

  • Tenggara Reef North

  • Utara Reef South

  • Labuan

Sementara itu, empat kawasan perairan di Malaysia berada dalam kategori ketiga (merah) amaran angin kencang dan laut bergelora hingga 2 Januari tahun depan. Angin kencang dengan kelajuan lebih 60 kmj dijangka melanda perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan, beserta ombak dengan ketinggian lebih 4.5 meter.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada aktiviti perkapalan dan pantai terutamanya bot-bot kecil serta aktiviti rekreasi dan sukan laut. Oleh itu, orang awam di kawasan terlibat diminta supaya berhati-hati dan menangguhkan aktiviti berhampiran laut sehingga keadaan cuaca kembali membaik.

Sumber: MetMalaysia