Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Polis ugut warga Malaysia
Gambar: Rukes.com

18 Anggota Polis Ditahan Atas Dakwaan Peras Ugut Warga Malaysia Di Konsert DWP Jakarta

Hannah

18 Anggota Polis Ditahan Atas Dakwaan Peras Ugut Warga Malaysia Di Konsert DWP Jakarta

JAKARTA, 22 Dis (Bernama) — Polis Indonesia menahan 18 anggota yang disyaki memeras ugut warga Malaysia semasa menghadiri konsert Djakarta Warehouse Project (DWP) di Kemayoran, Jakarta Utara.Ketua Biro Penerangan Awam, Brigadier Jeneral Trunoyudo Wisnu Andik, mengesahkan anggota berkenaan terdiri daripada Polis Daerah Metro Jaya, Polis Metro Jakarta Pusat, dan Balai Polis Kemayoran.

“Anggota ini telah ditahan oleh Bahagian Profesional dan Keselamatan (Propam) untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Penahanan dibuat susulan beberapa aduan daripada warga Malaysia yang mendakwa mereka dianiaya dan diperas sepanjang acara itu tular di media sosial.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku anggota kami,” tegas Trunoyudo, sambil menambah bahawa perkembangan lanjut akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Menurut dakwaan, warga Malaysia itu dipaksa menjalani ujian air kencing, diminta menunjukkan pasport dan diminta membayar sejumlah wang, walaupun keputusan ujian dadah mereka negatif.

Konsert DWP selama tiga hari di Jakarta International Expo yang dianjurkan oleh Ismaya Live, sebahagian daripada Ismaya Group, tamat pada 15 Dis dan merupakan antara festival muzik elektronik terbesar di Asia.

BACA: Kanak-Kanak Maut, Motosikal Dinaiki Empat Beranak Terlibat Kemalangan

Dalam satu kenyataan, pihak penganjur DWP menyatakan kekesalan terhadap cabaran yang dihadapi oleh mereka yang terjejas, sambil mengakui bahawa walaupun sesetengah isu berada di luar kawalan mereka, mereka memahami kesannya.

DWP juga memberi jaminan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan badan kerajaan yang berkaitan untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian itu.

Insiden berkenaan turut menarik perhatian Ketua Suruhanjaya III Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Habiburokhman, yang menyuarakan keyakinan bahawa Propam akan menangani dakwaan pemerasan itu secara adil.

“Jika pemerasan berlaku, mereka yang terlibat mesti dihukum,” katanya.

Suruhanjaya Polis Nasional (Kompolnas) turut menyeru tindakan tegas terhadap anggota yang terlibat, termasuk perbicaraan etika dan hukuman jenayah jika kesalahan terbukti.

“Jika melibatkan jenayah, mereka mesti diadili. Kami menyokong siasatan Propam,” kata Komisioner Muhammad Choirul Anam, seperti yang dilaporkan portal berita Kumparan.

BACA: Pemain Drum Rebah, Konsert A.C.A.B Terhenti Sementara

BACA: Bekas Ahli Kumpulan Raihan, Nordin Jaafar Meninggal Dunia

Sumber: BERNAMA